Mesyuarat First Cut LKAN 3/2025: Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat First Cut Pengauditan Syarikat Kerajaan Negeri melibatkan negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kedah pada 14 Julai 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara Putrajaya.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Pengarah Audit Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan Ibu Pejabat JAN.
Mesyuarat First Cut merupakan salah satu proses kawalan kualiti dalaman yang penting semasa peringkat penyediaan draf Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi memastikan LKAN yang dihasilkan mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan.