Webinar Jabatan Audit Negara Siri 1 Tahun 2025 Bertajuk “Ketidaksamaan Ekonomi di Malaysia: Realiti atau Ilusi”
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Webinar Jabatan Audit Negara (JAN) bertajuk “Ketidaksamaan Ekonomi di Malaysia: Realiti atau Ilusi” pada 14 Julai 2025.
Webinar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara. Seramai 370 orang pegawai daripada Ibu Pejabat JAN, JAN Negeri dan Unit Audit Dalam Kementerian serta Jabatan telah menyertai Webinar ini.
Dalam ucapan pelancarannya, Dato Seri Ketua Audit Negara menekankan peranan penting JAN dalam memastikan perbelanjaan Kerajaan diurus secara berhemah dan berintegriti. Beliau menyatakan bahawa pengauditan berasaskan risiko dan berfokuskan impak berkesan mengenal pasti kelemahan yang menyebabkan pembaziran. Pendekatan holistik dan berpaksikan data ini memastikan dana awam dibelanjakan mengikut tujuan dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, terutamanya golongan rentan yang terjejas oleh ketidaksamaan ekonomi.
Webinar telah dikendalikan oleh YBrs. Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit, Bahagian IV, Sektor Audit Kewangan, JAN dengan ahli panel daripada Kementerian Ekonomi dan Putra Business School.