Mesyuarat Ke-Lapan Pegawai-Pegawai Kanan Institusi Audit Tertinggi ASEAN-ASEANSAI (ASEAN Supreme Audit Institutions)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan) telah menghadiri Mesyuarat Ke-Lapan Pegawai-Pegawai Kanan Institusi Audit Tertinggi ASEAN-ASEANSAI (ASEAN Supreme Audit Institutions) yang baru selesai berlangsung pada 9 hingga 11 Julai 2025 di Manila, Filipina.
Sebanyak enam (6) agenda utama telah dibincangkan dalam Mesyuarat tersebut sekali gus membuktikan komitmen padu ASEANSAI dalam memperkukuh tadbir urus, ketelusan, dan akauntabiliti pengauditan sektor awam di rantau ASEAN.
Dalam Mesyuarat tersebut, SAI Malaysia selaku Pengerusi Knowledge Sharing Committee (KSC) ASEANSAI telah membentangkan Rancangan Kerja KSC bagi tahun 2026 – 2027. Rancangan Kerja KSC ini dirangka berdasarkan input dan perbincangan aktif SAI daripada lapan (8) negara anggota ASEAN yang merupakan ahli KSC.
Hasil perbincangan mesyuarat ini akan dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan Sidang Kemuncak ASEANSAI ke-8 yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada bulan November 2025. YBhg Dato Seri Ketua Audit Negara akan mewakili Malaysia dalam Sidang Kemuncak tersebut.