faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara Bil.2/2025

WhatsApp Image 2025 07 09 at 21.27.45 WhatsApp Image 2025 07 09 at 21.27.45 1 WhatsApp Image 2025 07 09 at 21.27.46 WhatsApp Image 2025 07 09 at 21.27.46 3 WhatsApp Image 2025 07 09 at 21.27.47 1 WhatsApp Image 2025 07 09 at 21.27.47 2

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara Bil.2/2025 pada 9 Julai 2025 di ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN).

Turut diadakan sesi serahan secara rasmi Sistem Pembangunan Modal Insan (SPMI) di bawah Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara oleh Ts. Khairul Amri bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kometsoft Sdn. Bhd. kepada YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara.
 
Melalui penggunaan SPMI, JAN telah melaksanakan satu transformasi pengurusan modal insan yang dapat:
 
🔹Meningkatkan kecekapan perancangan, pembangunan dan pengurusan modal insan yang lebih tepat, efektif dan efisien;
🔹Memperkasa tadbir urus organisasi dan pembangunan modal insan yang profesional dan berkeupayaan; dan
🔹Mewujudkan satu pangkalan data modal insan yang bersepadu serta komprehensif dengan mengintegrasikan data-data sumber manusia dan mendigitalisasikan proses kerja sedia ada.
 
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JAN dalam menyokong aspirasi MADANI, seiring usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berlandaskan nilai, integriti dan kemajuan berterusan.
  • Dikemaskini pada: 11 Jul 2025
  • Cetak
  • 10

faqhubungimaklumbalaspeta