faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Ketua Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam (KUAD) Bilangan 3 Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 07 04 at 15.47.22 WhatsApp Image 2025 07 04 at 15.47.22 1 WhatsApp Image 2025 07 04 at 15.47.23 WhatsApp Image 2025 07 04 at 15.47.25 WhatsApp Image 2025 07 04 at 15.47.24 1 WhatsApp Image 2025 07 04 at 15.47.26

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam (KUAD) Bilangan 3 Tahun 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara pada 4 Julai 2025.

Mesyuarat dihadiri 39 orang Ketua Audit Dalam daripada pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri / Agensi Kerajaan, Setiausaha Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan wakil Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK), Kementerian Kewangan.

Mesyuarat ini bagi membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Unit Audit Dalam (UAD) untuk meningkatkan keberkesanan kawalan dalaman serta pemantapan tata kelola di Kementerian/Jabatan Persekutuan/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Agensi Kerajaan.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani Binti Hj. Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); dan YBrs. Puan Noor Rita Binti Kassim, Pengarah (Bahagian Susulan Audit).

 

  • Dikemaskini pada: 04 Jul 2025
  • Cetak
  • 76

faqhubungimaklumbalaspeta