Mesyuarat Kumpulan Kerja Institusi Audit Tertinggi Antarabangsa (INTOSAI) Mengenai Pengauditan Memerangi Rasuah dan Pengubahan Wang Haram (WGFACML) Kali ke-18 di Warsaw, Poland
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Working Group on Fight Against Corruption and Money Laundering (WGFACML) di bawah Institusi Audit Tertinggi Antarabangsa (INTOSAI) Ke-18 telah berlangsung pada 1 hingga 4 Julai 2025 bertempat di Warsaw, Poland dengan penyertaan seramai 39 delegasi daripada 16 Institusi Audit Tertinggi (Supreme Audit Institutions, SAIs).
Sebanyak 18 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang mesyuarat ini, merangkumi status perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan pengauditan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram serta pembentangan mengenai cabaran dan pendekatan dalam pengauditan aspek pembiayaan menggunakan mata wang kripto (cryptocurrencies financing).
SAI Malaysia telah diwakili oleh Dr. Suraya Adnan dan Puan Maszura Hassan daripada Jabatan Audit Negara (JAN). Delegasi Malaysia telah membentangkan kertas bertajuk “SAI Malaysia’s Digital Transformation Journey; Charting the Way Forward in Fraud Detection and Anti-Corruption Efforts”, yang mengetengahkan inisiatif transformasi digital JAN dalam memperkukuh usaha pengesanan penipuan serta pencegahan rasuah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden Supreme Audit Office, SAI Poland, TYT Marian Banaś, dan dirasmikan oleh TYT Mohamed El Faisal Youssef, Presiden Accountability State Authority (ASA), SAI Mesir selaku Pengerusi WGFACML.
Penyertaan aktif SAI Malaysia dalam platform antarabangsa ini membuktikan komitmen berterusan negara dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem audit awam demi tadbir urus yang lebih telus dan berintegriti.