faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Kerja Ketua Audit Negara ke Negeri Sarawak

WhatsApp Image 2025 07 03 at 12.30.50 WhatsApp Image 2025 07 03 at 12.30.50 1 WhatsApp Image 2025 07 03 at 12.40.40 WhatsApp Image 2025 07 03 at 12.40.41 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sarawak bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 disusuli Sesi Libat Urus isu-Isu dalam Auditor General’s Dashboard (AGD) berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Sarawak, di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 2 Julai 2025.

Seterusnya, YBhg. Dato’ Seri KAN telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sarawak bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 dan surat penyelesaian isu-isu dalam AGD yang telah dibincangkan, kepada YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak sebaik berakhir mesyuarat.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Dato’ Sri Dr. Wan Lizozman bin Wan Omar, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Yang Arif Dato Sri Saferi bin Ali, Peguam Besar Negeri Sarawak dan Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak.

Terdahulu, YBhg. Dato’ Seri KAN telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman) di pejabat beliau.

Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara Jabatan Audit Negara (JAN) dan Unit Integriti dan Ombudsman (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak terutama dalam pemantapan tata kelola dan pengurusan kewangan.

Selain itu, YBhg. Dato’ Seri KAN turut mengadakan kunjungan rasmi ke atas YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak di pejabat beliau pada 2 Julai 2025.

WhatsApp Image 2025 07 03 at 12.40.42 1 WhatsApp Image 2025 07 03 at 12.40.43 WhatsApp Image 2025 07 03 at 12.40.44 1 WhatsApp Image 2025 07 03 at 12.40.45

 

  • Dikemaskini pada: 02 Jul 2025
  • Cetak
  • 78

faqhubungimaklumbalaspeta