Turun Padang Ketua Audit Negara ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Stakan dan Projek RTB Naik Taraf Saliran Negeri Sarawak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 1 Julai 2025, YBhg Dato’ Seri KAN telah berkesempatan turun padang meninjau status Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Stakan dan Projek RTB Naik Taraf Saliran di Kuarters Gunasama Kerajaan Persekutuan di Kuching, Sarawak. Lawatan ini adalah bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai status dan impak daripada projek RTB yang dilaksanakan dalam menangani masalah banjir yang berlaku di sekitar kawasan projek.
Beliau juga mempengerusikan Mesyuarat 1st Cut bagi Pengauditan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak di JAN Negeri Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, Kuching.