faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Amanat Ketua Audit Negara & Peluncuran Kursus Asas Juruaudit Gred W9 dan Penolong Juruaudit Gred W5

WhatsApp Image 2025 07 01 at 10.50.27 WhatsApp Image 2025 07 01 at 10.50.27 1 WhatsApp Image 2025 07 01 at 10.50.28 WhatsApp Image 2025 07 01 at 10.50.28 1 WhatsApp Image 2025 07 01 at 10.50.28 2

 

Majlis Amanat Ketua Audit Negara & Peluncuran Kursus Asas Juruaudit Gred W9 dan Penolong Juruaudit Gred W5 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) pada 30 Jun 2025 bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara, Bandar Enstek.

Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang Juruaudit W9 dan 11 orang Penolong Juruaudit W5 daripada pelbagai Sektor, JAN Negeri dan Unit Audit Dalam Kementerian menghadiri kursus selama tiga minggu ini.

Dalam amanat beliau, YBhg. Dato’ Seri KAN berpesan kepada pegawai baharu Jabatan Audit Negara supaya menguasai teknologi digital, mempraktikkan integriti dan akauntabiliti serta melaksanakan audit yang menyeluruh bagi memperkukuh tadbir urus sektor awam. Pegawai juga perlu bertanggungjawab dalam membina kapasiti diri, memupuk etika kerja dan semangat berpasukan ke arah membentuk kepimpinan berwibawa yang menjunjung nama baik jabatan.

 

  • Dikemaskini pada: 01 Jul 2025
  • Cetak
  • 19

faqhubungimaklumbalaspeta