Program Pengukuhan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Dan Khidmat Komuniti Jabatan Audit Negara (JAN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara (KAN) berkesempatan menyertai program ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Audit Negara (JAN) dalam Program Pengukuhan AKRAB dan Khidmat Komuniti yang diadakan di Gopeng, Perak pada 30 Jun 2025.
Program ini menghimpunkan seramai 35 orang ahli AKRAB JAN, di mana YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara menekankan kepentingan peranan ahli AKRAB sebagai ejen sokongan emosi dalam membantu rakan sekerja menangani cabaran di tempat kerja, sekali gus memperkukuh budaya kerja berpasukan dan kesejahteraan warga Jabatan.
Sebagai simbolik komitmen JAN terhadap tanggungjawab sosial, YBhg. Dato’ Seri KAN turut menyempurnakan sesi penanaman Pokok Mangga Chokanan dalam aktiviti khidmat komuniti.
Turut hadir, Puan Syakurah Zakaria @ Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JAN, dan Encik Mohd Arif Jemaan, Pengerusi AKRAB JAN.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |