faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Bersama Ketua Audit Negara Dan Warga Jabatan Audit Negara

WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.33.45 WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.33.46 WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.33.46 1 WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.33.46 2 WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.33.46 3 WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.33.47

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Surau Al-Ibtisam dengan kerjasama Bahagian Kewangan & Pentadbiran (BKP), Jabatan Audit Negara (JAN) pada 25 Jun 2025 (Rabu) di ibu pejabat JAN, Putrajaya.

Bacaan Yasin dan Doa Selamat dipimpin oleh Al- Fadil Tuan Haji Badiuzzaman Mohd Pakir, Penolong Juruaudit JAN. Majlis turut dihadiri YBhg Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs Encik Azman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); serta pegawai-pegawai kanan dan warga JAN secara bersemuka dan dalam talian.

Majlis diadakan bagi memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT agar segala urusan JAN, khususnya penganjuran Mesyuarat INTOSAI Working Group of Follow Up-Audit (WGFA) pada 26–28 Jun 2025 di Pulau Pinang dan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 di Parlimen pada bulan Julai 2025, dipermudahkan dan berjalan lancar.

Majlis ini turut mendoakan kesejahteraan negara, serta keamanan bagi rakyat Malaysia.

 

  • Dikemaskini pada: 25 Jun 2025
  • Cetak
  • 23

faqhubungimaklumbalaspeta