faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Peluncuran Sekolah Angkat MADANI oleh YAB Perdana Menteri

WhatsApp Image 2025 06 21 at 08.51.40 WhatsApp Image 2025 06 21 at 08.51.41 1 WhatsApp Image 2025 06 21 at 08.51.42 WhatsApp Image 2025 06 21 at 08.51.43 WhatsApp Image 2025 06 21 at 08.51.43 1 WhatsApp Image 2025 06 21 at 08.51.44

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI di Putrajaya pada 20 Jun 2025.

Majlis Peluncuran ini disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh YB Menteri Pendidikan.

Jabatan Audit Negara menyambut baik pelaksanaan Sekolah Angkat MADANI yang menghimpunkan kerjasama antara agensi Kerajaan, swasta, dan GLC dalam memperkasakan ekosistem pendidikan negara melalui pendekatan 'whole of nation'.

Jabatan Audit Negara turut terlibat dalam pelaksanaan Sekolah Angkat MADANI dan telah memilih Sekolah Kebangsaan Topokon, Tuaran, Sabah yang merupakan satu-satunya sekolah rendah di Kampung Topokon dan menampung 162 orang pelajar meliputi tujuh buah kampung yang berhampiran.

 

  • Dikemaskini pada: 23 Jun 2025
  • Cetak
  • 46

faqhubungimaklumbalaspeta