faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Bagi Bulan Jun 2025

WhatsApp Image 2025 06 20 at 21.14.53 WhatsApp Image 2025 06 20 at 21.14.53 1 WhatsApp Image 2025 06 20 at 21.14.56 WhatsApp Image 2025 06 20 at 21.14.58 WhatsApp Image 2025 06 20 at 21.15.00 WhatsApp Image 2025 06 20 at 21.15.00 1

 

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan Jun 2025 telah diadakan pada 20 Jun 2025 (Jumaat) di Putrajaya. Seramai 425 orang warga JAN hadir secara fizikal, manakala seramai 691 orang lagi menyertai majlis ini secara dalam talian.

Dalam ucaptama Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi merakamkan setinggi penghargaan kepada warga JAN yang terlibat dengan penganjuran program-program sempena Malaysia memegang kepengerusian ASEAN tahun ini termasuk Mesyuarat Ke-50 ASEAN Audit Committee dan ASEAN Audit Conference 2025 yang telah dihadiri 2,629 juruaudit tempatan dan antarabangsa.

Penghargaan juga diberikan kepada warga JAN yang terlibat dengan penganjuran The Inaugural Meeting of ASOSAI Working Group on State-Owned Enterprises Audit (WGSOEA) yang telah dihadiri oleh 33 orang delegasi dari 16 negara Asia.

Ketua Audit Negara juga telah menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada Ketua Jawatankuasa Kerja bagi program Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 dan WGSOEA.

Kebajikan warga JAN juga tidak dilupakan. Sumbangan khas daripada warga JAN menerusi Tabung Kebajikan JAN sejumlah RM2,630 telah disampaikan oleh Ketua Audit Negara dalam Majlis ini kepada Encik Mohammad Hafiz bin Shaharom, Pembantu Khidmat Am H1, Bahagian 1, Sektor Audit Kewangan JAN bagi membantu urusan anaknya, Ayra Adriana binti Mohammad Hafiz (11 bulan) yang kini menerima rawatan di Hospital Besar Tawau, Sabah kerana jangkitan kuman dalam paru-paru.

Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).

 

  • Dikemaskini pada: 23 Jun 2025
  • Cetak
  • 36

faqhubungimaklumbalaspeta