Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Johor (JCORP) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Johor (JCORP) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 20 Jun 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCORP, Encik Rozaini Mohd Sani, Ketua Pegawai Kewangan JCORP, YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Norliza Md. Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan 1 JAN dan YBrs. Puan Norni @ Lina binti Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor. Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan JAN, JCORP dan Firma Audit Swasta.
Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penandatanganan dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan JCORP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 kepada Presiden dan Ketua Eksekutif JCORP.