faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Dua Hala Antara YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara Bersama TYT Deputy Chairman for Audit on Authorities, Investments and Companies of the State Audit Institute of the Sultanate of Oman (SAI Oman)

WhatsApp Image 2025 06 19 at 12.13.25 WhatsApp Image 2025 06 19 at 12.13.25 1 WhatsApp Image 2025 06 19 at 12.13.25 2 WhatsApp Image 2025 06 19 at 12.13.27 WhatsApp Image 2025 06 19 at 12.13.27 1 WhatsApp Image 2025 06 19 at 12.13.28

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menerima Kunjungan Hormat daripada Delegasi Oman yang diketuai oleh TYT Zahra Mohamed Al Lawati, Deputy Chairman for Audit on Authorities, Investments and Companies of the State Audit Institute of the Sultanate of Oman pada 18 Jun 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Mesyuarat antara lain membincangkan pelbagai cadangan kerjasama dua hala terutama berkaitan pengauditan awam serta pemantapan pembangunan kapasiti juruaudit bagi kedua-dua Supreme Audit Institution (SAI). Selain itu, kedua-dua pihak turut mengenal pasti program berpotensi untuk dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan dua hala melalui inisiatif pembangunan kapasiti.

Delegasi tersebut seterusnya melawat Akademi Audit Negara bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang latihan audit dan pembangunan kapasiti. Lawatan tersebut dimulakan dengan pembentangan terperinci oleh pihak AAN yang merangkumi latar belakang institusi serta program latihan komprehensif yang dirangka bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran para juruaudit di seluruh negara. Sesi ini turut membuka ruang kepada perbincangan yang produktif mengenai potensi kerjasama dan pembangunan kapasiti secara bersama antara AAN dan SAI Oman.

Delegasi turut dibawa melawat kemudahan di AAN, sekali gus memberikan mereka gambaran secara langsung mengenai infrastruktur latihan, keupayaan teknologi, dan persekitaran pembelajaran yang disediakan oleh AAN.

Lawatan ini merupakan susulan kepada perbincangan duahala bersama Chairman SAI Oman semasa Mesyuarat Ke-60 dan 61 ASOSAI Governing Board, Perhimpunan Agung ASOSAI Ke-16 dan Simposium ASOSAI pada 22 hingga 27 September 2024 di New Delhi, India.

 

  • Dikemaskini pada: 19 Jun 2025
  • Cetak
  • 16

faqhubungimaklumbalaspeta