faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia

WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.04.51 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.04.51 1 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.04.51 2 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.04.51 3 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.04.52

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pada 11 Jun 2025.

Mesyuarat telah membincangkan penemuan Audit yang telah dijalankan di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Atase Pertahanan, Pejabat Atase Pendidikan dan Pejabat Penasihat Hal Ehwal Ekonomi serta susulan penemuan Audit terhadap Pejabat Atase Imigresen & Konsular dan Pejabat Atase Buruh.

Kali terakhir pengauditan terhadap Pejabat Kedutaan Besar Malaysia dilaksanakan oleh JAN adalah pada tahun 2014.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah TYT Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia di Jakarta; YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan 1, JAN; YBrs. Encik Farzamie Sarkawi, Timbalan Duta Besar Malaysia di Jakarta; dan Ketua-ketua Agensi Bagi Pejabat Perwakilan Malaysia di Jakarta, Indonesia.

Mesyuarat turut melibatkan pegawai pengawal atau pegawai kanan yang hadir secara atas talian dari Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

  • Dikemaskini pada: 11 Jun 2025
  • Cetak
  • 20

faqhubungimaklumbalaspeta