faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Mei 2025

WhatsApp Image 2025 05 29 at 11.00.54 WhatsApp Image 2025 05 29 at 11.00.57 WhatsApp Image 2025 05 29 at 11.01.00 WhatsApp Image 2025 05 29 at 11.01.00 WhatsApp Image 2025 05 29 at 11.01.01 WhatsApp Image 2025 05 29 at 11.01.01 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei 2025 yang berlangsung pada 29 Mei 2025 (Khamis) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada semua warga Penjawat Awam atas dedikasi dan semangat kerja berpasukan yang menjadi tunjang kejayaan pentadbiran negara. Beliau menekankan bahawa kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 hanya dapat dicapai melalui kerjasama erat, sikap saling melengkapi, dan komitmen bersama dalam setiap aspek pentadbiran dan pelaksanaan dasar.

Semangat kebersamaan ini jelas terpancar dalam kehadiran kepimpinan tertinggi Jabatan Audit Negara (JAN) termasuk YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); serta YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat). Turut serta dalam majlis ialah pegawai-pegawai JAN dari Putrajaya, Negeri Sembilan dan Selangor.

 

 

  • Dikemaskini pada: 29 May 2025
  • Cetak
  • 128

faqhubungimaklumbalaspeta