Pertemuaan Dua Hala Ketua Audit Negara Malaysia Bersama Rakan Sejawat Ketua Audit Negara Dan
Pegawai Kanan Institusi Audit Antarabangsa [Supreme Audit Institutions (SAI)]
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sempena Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 anjuran Jabatan Audit Negara (JAN) pada 27 hingga 28 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), serta Mesyuarat Inaugural Asian Organization of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) Working Group on State-Owned Enterprises Audit (WGSOEA) dari 26 hingga 28 Mei di Putrajaya, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah mengadakan pertemuan dua hala bersama beberapa rakan sejawat Ketua Audit Negara dan pegawai kanan Institusi Audit Antarabangsa [Supreme Audit Institutions (SAI)] dari negara Brunei Darussalam, China, Singapura, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, India, Indonesia, Iran, Maldives, Thailand dan Yemen.
Mesyuarat-mesyuarat dua hala ini telah membincangkan pelbagai cadangan pemantapan kerjasama strategik antara SAI Malaysia dan SAI dari negara-negara berkenaan, khususnya dalam tadbir urus sektor awam di negara masing-masing selaras dengan perkembangan teknologi semasa serta meningkatkan profesionalisme dan kompetensi juruaudit di peringkat antarabangsa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |