Ceramah Ketua Audit Negara Kepada Peserta Kursus Advanced Leadership And Management Programme (ALMP)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyampaikan ceramah bertajuk "Leadership, Ethics and Integrity" sempena Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) yang berlangsung di INTAN Bukit Kiara pada 20 Mei 2025.
Program ini menghimpunkan seramai 42 orang pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan berfungsi sebagai platform strategik untuk memperkukuh kepimpinan sektor awam. Dalam sesi ini, Ketua Audit Negara telah berkongsi pengalaman serta pandangan beliau berkaitan kepimpinan beretika dan berintegriti dalam menyokong aspirasi serta inisiatif Kerajaan.
Antara intipati penting ceramah beliau termasuk:
- Peranan Ketua Audit Negara yang diperkasa melalui mandat pengauditan yang lebih menyeluruh.
- Penghasilan laporan audit berimpak tinggi yang menyumbang kepada ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus.
- Pendigitalan proses kerja pengauditan melalui inisiatif seperti AG’s Dashboard dan eSelfAudit, yang meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam pelaksanaan audit.
Di akhir sesi, YBhg. Dato’ Seri turut meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan daripada para peserta, sekali gus memperkukuh kefahaman dan memberi ruang kepada perkongsian pandangan secara dua hala.
Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Puan Noor Rita Kassim, Pengarah Bahagian Susulan Audit JAN dan YBrs. Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.
![]() |
![]() |
![]() |