faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Peluncuran Dan Deklarasi Komitmen Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan

WhatsApp Image 2025 05 19 at 16.59.39 WhatsApp Image 2025 05 19 at 16.59.39 1 WhatsApp Image 2025 05 19 at 16.59.40 1 WhatsApp Image 2025 05 19 at 16.59.41 1    

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Peluncuran Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan dan Deklarasi Komitmen pada 19 Mei 2025 (Isnin) di Kuala Lumpur.

Jabatan Audit Negara (JAN) bersama-sama enam agensi lain yang terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA) telah menubuhkan Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP) sebagai satu platform kerjasama strategik untuk menangani isu penipuan dan penyelewengan perakaunan.

Majlis pelancaran KKFP menyaksikan Deklarasi Komitmen ditandatangani oleh semua Ketua Agensi, menandakan usaha bersama dalam:

✅ Perkongsian maklumat dan analisis trend jenayah perakaunan,

✅ Pembangunan penyelidikan dan inovasi teknikal,

✅ Pemerkasaan latihan dan pensijilan pegawai awam dalam bidang fraud perakaunan.

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara dalam ucapannya memaklumkan bahawa KKFP merupakan pendekatan strategik yang menuntut tindakan konkrit dan mencerminkan kesediaan JAN menyumbang kepakaran dalam pengesanan risiko melalui pengauditan, selaras dengan pindaan Akta Audit 1957.

Penubuhan KKFP juga selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menempatkan Malaysia dalam kelompok 25 negara terbaik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2033, melalui pengukuhan tadbir urus dan pengurusan kewangan negara.

WhatsApp Image 2025 05 19 at 16.59.41 2 WhatsApp Image 2025 05 19 at 16.59.42 WhatsApp Image 2025 05 19 at 16.59.42 1 WhatsApp Image 2025 05 19 at 16.59.43

 

  • Dikemaskini pada: 19 May 2025
  • Cetak
  • 78

faqhubungimaklumbalaspeta