faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) Bersama Kerajaan Negeri Selangor Dan Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga JAN Negeri Selangor

WhatsApp Image 2025 05 16 at 23.28.19 WhatsApp Image 2025 05 16 at 23.28.24 WhatsApp Image 2025 05 16 at 23.28.28 WhatsApp Image 2025 05 16 at 23.28.33

 

Jabatan Audit Negara dengan kerjasama Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan sesi libat urus bagi membincangkan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 hingga 2024 yang disusul di Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) pada 16 Mei 2025 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor.

Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Sebanyak 23 isu telah dibincangkan yang melibatkan Akademi PKNS Sdn. Bhd., Pengurusan Hutan dan Impak Kepada Alam Sekitar, Kutipan Duti Hiburan, Pengurusan Projek Mitigasi Banjir Daerah Klang, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Pengurusan Perpustakaan Awam Negeri Selangor, Pengurusan Program Perumahan Rakyat dan UNISEL Sdn. Bhd.

Subseksyen 9A(1) Akta Audit 1957 [Akta 62] telah memperuntukkan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk menjalankan susulan dan mengkaji semula tindakan yang telah diambil oleh persekutuan/negeri/pihak berkuasa awam/badan yang ditentukan terhadap apa-apa syor, ulasan atau pandangan yang dibuat dalam LKAN.

Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Datuk Hjh Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); dan YB Datuk Dr Hanif bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri.

Terdahulu, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah berkesempatan mengadakan pertemuan bersama 76 orang warga Jabatan Audit Negara Negeri Selangor. Turut ke sesi ini ialah YBrs. Dr. Yati Md. Lasa, Timbalan Pengarah Audit Negeri Selangor; Puan Nooranita Dain, Ketua Audit Dalam SUK Selangor; dan Encik Shahrul Fadli Abdu Rashid, Pengarah Audit Dalam Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

WhatsApp Image 2025 05 16 at 23.28.39 WhatsApp Image 2025 05 16 at 23.28.41 WhatsApp Image 2025 05 16 at 23.28.43 WhatsApp Image 2025 05 16 at 23.28.51

 

 

  • Dikemaskini pada: 16 May 2025
  • Cetak
  • 19

faqhubungimaklumbalaspeta