Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Projek Pembangunan MyDigital ID
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Projek Pembangunan MyDigital ID yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara telah diadakan pada 16 Mei 2025 (Jumaat) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); YM Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah, Majlis Keselamatan Negara (MKN); YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan; YBrs. Dr. Saat Shukri Embong, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, MIMOS Berhad.