Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard – AGD)
Bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara telah mengadakan sesi libat urus menyusuli isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 hingga 2022 yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) melibatkan dua Kementerian utama hari ini, 7 Mei 2025.
Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN); YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan
YBhg. Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara.