Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard – AGD) Bersama Kementerian Kerja Raya (KKR)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Unit Audit Dalam, Kementerian Kerja Raya telah mengadakan sesi libat urus pada 25 April 2025 berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD).
Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR; YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR dan YBrs. Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).