Mesyuarat Capacity Development Committee (CDC) ASOSAI dan Mesyuarat Strategic Task Force (SPTF) ASOSAI ke-12
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara selaku Supreme Audit Institution (SAI) Malaysia telah menghadiri dua (2) mesyuarat peringkat ASOSAI iaitu Mesyuarat ASOSAI Capacity Development Committee (ASOSAI CDC) dan Mesyuarat ASOSAI Strategic Plan Task Force (ASOSAI SPTF) ke-12 di Beijing, China pada 22 hingga 24 April 2025 anjuran The National Audit Office of the People’s Republic of China (CNAO) selaku Sekretariat ASOSAI.
Dalam Mesyuarat ASOSAI CDC, dua (2) dokumen penting iaitu Details of Payment Policy for ASOSAI-Sponsored Capacity Development Activities dan Roles and Responsibilities among the Secretary General, Capacity Development Administrator and Host SAI in ASOSAI Sponsored Development Activities telah disemak dan dikemas kini bagi memastikan dasar dan garis panduan sedia ada di kalangan SAI peringkat Asia adalah relevan selaras dengan keperluan pembangunan kapasiti masing-masing.
Manakala dalam Mesyuarat ASOSAI SPTF ke-12, negara-negara ahli telah membincangkan draf Matriks Pelaksanaan bagi Pelan Strategik ASOSAI 2022 – 2027 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengelola ASOSAI ke-62 pada bulan Julai 2025 kelak di Baku, Azerbaijan.
Delegasi JAN telah diketuai oleh YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).
Beliau juga telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Mr. Hou Kai, Ketua Audit Negara China. Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara JAN dan CNAO.
Ketua Audit Negara Malaysia merupakan Ahli Lembaga Pengelola ASOSAI serta Pengerusi ASOSAI Working Group on State-owned Enterprises Audit (WGSOEA) yang baharu ditubuhkan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |