faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Konvokesyen Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) ke-11 Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 04 24 at 21.33.41 WhatsApp Image 2025 04 24 at 21.33.41 1 WhatsApp Image 2025 04 24 at 21.33.42 WhatsApp Image 2025 04 24 at 21.33.42 1

 

Dua orang pegawai Unit Integriti, Jabatan Audit Negara (JAN) telah menerima pentauliahan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dalam Majlis Konvokesyen CeIO Ke-11 Tahun 2025 anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 22 April 2025.

Kedua pegawai tersebut adalah Encik Raynaur bin Abdul Samad, Ketua Unit Integriti (KUI) JAN dan Encik Abdul Razak bin Faharuddin.

Turut hadir, YBhg. Datuk Nur Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB).

Jabatan Audit Negara amat komited dalam memastikan tatakelola yang baik diamalkan melalui penerapan nilai-nilai integriti yang tinggi dikalangan warganya.

 

  • Dikemaskini pada: 25 Apr 2025
  • Cetak
  • 19

faqhubungimaklumbalaspeta