faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Ziarah Prihatin JAN ke Hospital Tunku Azizah

WhatsApp Image 2025 04 24 at 20.12.08 WhatsApp Image 2025 04 24 at 20.12.08 1 WhatsApp Image 2025 04 24 at 20.12.08 2 WhatsApp Image 2025 04 24 at 20.12.09

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah meluangkan masa mengadakan lawatan ziarah prihatin ke Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur bagi menziarahi anakanda kepada Encik Muhammad Syafiq bin Zemri, Pembantu Khidmat Am H1, Sektor Audit Prestasi yang kini sedang menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan tumor di kepala.

Kehadiran YBhg. Dato’ Seri telah disambut oleh Pengarah HTA, YBrs. Dr. Shamsul Anuar bin Kamarudin, bersama barisan Pengurusan HTA.

Dalam kunjungan tersebut, YBhg. Dato’ Seri telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Tabung Kebajikan JAN serta sumbangan peribadi beliau sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada Encik Muhammad Syafiq sekeluarga.

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan JAN, Puan Syakurah binti Zakaria @ Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan; dan Puan Hely Herlynna binti Mohd Kassim, Setiausaha Kehormat MASJAN.

JAN sentiasa prihatin terhadap kebajikan warga kerjanya dan berharap agar lawatan ini dapat sedikit sebanyak memberikan sokongan kewangan dan moral kepada Encik Muhammad Syafiq sekeluarga.

Seluruh warga JAN mendoakan agar anakanda Encik Muhammad Syafiq dikurniakan kesembuhan yang sempurna serta diberi ketabahan dan kekuatan kepada beliau sekeluarga dalam menghadapi ujian ini.

 

  • Dikemaskini pada: 25 Apr 2025
  • Cetak
  • 6

faqhubungimaklumbalaspeta