Sesi Penyerahan Sumbangan Tabung Ihsan JAN Kepada Mangsa Banjir di Jabatan Audit Negara Negeri Johor
Pada 23 April 2025, Puan Norni @ Lina binti Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor mewakili YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyerahkan sumbangan Tabung Ihsan Jabatan Audit Negara (JAN) kepada Puan Noramalina binti Mat Nah, Penolong Juruaudit JAN Johor yang terkesan akibat bencana banjir pada penghujung Januari 2025.
Sumbangan ikhlas warga JAN ini diharap dapat membantu serta meringankan beban yang ditanggung oleh pegawai JAN yang terkesan akibat bencana tersebut.