Kunjungan Hormat Ketua Audit Negara Ke Atas YB Menteri Komunikasi
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi di pejabat beliau hari ini, 24 April 2025 (Khamis).
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Jabatan Audit Negara (JAN) dan Kementerian Komunikasi, khususnya dalam aspek pengurusan komunikasi berkesan.
JAN amat menghargai kesediaan YB Menteri Komunikasi dan pasukannya untuk terus menyokong usaha mempertingkat ketelusan, akauntabiliti serta kefahaman rakyat terhadap peranan audit awam dalam tadbir urus negara.
Seusai pertemuan tersebut, YBhg. Dato' Seri KAN berkesempatan meninjau ruang kerja Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Komunikasi (KK) dan menyantuni pegawai-pegawai UAD. Beliau telah disambut oleh Ketua UAD KK, Puan Hafiza binti Yaakob.