faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Juruaudit Gred W13 & W14

WhatsApp Image 2025 04 22 at 08.39.46 WhatsApp Image 2025 04 22 at 08.39.47 1 WhatsApp Image 2025 04 22 at 08.39.46 1 WhatsApp Image 2025 04 22 at 08.39.49 WhatsApp Image 2025 04 22 at 08.39.47

 

Sesi Perjumpaan Ketua Audit Negara bersama Juruaudit Gred W13 & W14 telah diadakan buat julung kalinya pada 21 April 2025 (Isnin) di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya.

Seramai 99 orang pegawai di Ibu Pejabat JAN, JAN Negeri dan Unit Audit Dalam menghadiri sesi ini secara fizikal dan dalam talian.

Sesi ini menjadi wadah penting untuk para pegawai berkongsi pandangan, mencetus idea serta menyuarakan cadangan penambahbaikan dalam usaha memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan jabatan.

Dalam ucapan amanat beliau, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, menyeru para pegawai agar memainkan peranan lebih proaktif sebagai "middle managers" terutama dalam penyampaian maklumat dengan cekap dan berkesan kepada pegawai pelaksana JAN.

Turut hadir, YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad @ Mat , Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Bahagian Audit Kewangan I, Sektor Audit Kewangan; YBrs. Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan; dan barisan Timbalan Pengarah Bahagian di bawah Sektor Pengurusan.

 

  • Dikemaskini pada: 24 Apr 2025
  • Cetak
  • 25

faqhubungimaklumbalaspeta