Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi Bulan April 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan April 2025 telah diadakan pada 8 April 2025 (Selasa) di ibu pejabat JAN, Putrajaya. Seramai 324 orang warga JAN telah hadir secara fizikal dan lebih 800 orang warga JAN menyertai majlis secara dalam talian.
Dalam amanat yang disampaikan, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara menegaskan kepentingan komitmen penuh semua pegawai dalam melaksanakan amanah yang telah dimandatkan kepada JAN melalui pindaan Akta Audit disamping mematuhi garis masa gerak kerja pengauditan yang telah ditetapkan. Beliau turut menekankan bahawa tumpuan pada tahun ini adalah bagi memastikan isu-isu tadbir urus yang dikenal pasti ditangani secara lebih menyeluruh serta berkesan, merujuk kepada ucapan YAB Perdana Menteri baru-baru ini supaya para pegawai awam tidak memandang ringan atau remeh dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan tatakelola negara.
Di majlis yang sama juga diadakan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada pasukan analisis eSelfAudit yang telah berjaya diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Februari 2025.
YBhg Datuk Seri KAN juga telah menyampaikan sijil kecemerlangan kepada 15 orang pegawai JAN yang telah lulus dalam peperiksaan jabatan secara serentak; sijil pengiktirafan Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) kepada 49 orang pegawai JAN yang telah mencapai prestasi cemerlang dan baik; serta sijil penghargaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JAN di atas komitmen yang diberikan selaras dengan perlembagaan MBJ.
KAN juga turut menyampaikan sijil penarafan kepada JAN Cawangan Miri sempena Anugerah Penarafan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Tahun 2024 oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Turut diadakan sesi penyerahan sumbangan Tabung Ihsan MADANI JAN kepada pegawai JAN yang dilanda musibah; dan penyerahan Bantuan Infaq Ramadan dan Bantuan Aidilfitri Kelab Bukit Perdana kepada 50 orang pegawai JAN.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |