Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Terhadap Pengurusan Syarikat Uda Holdings Berhad
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Terhadap Pengurusan Syarikat UDA Holdings Berhad yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah diadakan pada 15 April 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah YBrs. Tuan Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Encik Mohd Asri bin Mohamed, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), dan YBrs. Encik Zahrin bin Zakaria, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad.