Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 16 April 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohd Farid bin Dato’ Hj. Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA; YBhg. Datuk Rosli bin Yaakub, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan dan Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan JAN.
Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan LPPSA bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA.