Lawatan Penanda Aras Teknologi Maklumat (ICT) Delegasi Sai Uganda Ke Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBrs. Puan Baridatul Anita, Pengarah Akademi Audit Negara, telah mewakili YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara (KAN) dalam menerima delegasi Office of the Auditor General Uganda (SAI Uganda) pada 27 Mac 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya. Lawatan ini diketuai oleh Mr. Martin Abila, Pengurus Teknologi Maklumat SAI Uganda.
Sesi perkongsian dua hala ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penanda aras ICT oleh delegasi SAI Uganda dengan Institusi Audit Antarabangsa negara Asia. Perbincangan menekankan pertukaran maklumat, amalan terbaik dan pengalaman dalam pelaksanaan program ICT dan pendigitalan di Jabatan Audit Negara. Selain itu, peluang untuk memperkenalkan program ICT di Akademi Audit Negara kepada pegawai-pegawai SAI Uganda turut diterokai bagi mengukuhkan hubungan dua hala.
Turut hadir adalah Dr. Alifah Aida Lope Abdul Rahman, Pengarah Audit BAICT dan Encik Yusri Md. Razi mewakili Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa.