faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Jabatan Audit Negara Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 03 19 at 17.08.07 WhatsApp Image 2025 03 19 at 17.08.08 WhatsApp Image 2025 03 19 at 17.08.11 WhatsApp Image 2025 03 19 at 17.08.11 1 WhatsApp Image 2025 03 19 at 17.08.14 WhatsApp Image 2025 03 19 at 17.08.15

 

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) telah berlangsung dengan lancar pada hari ini bersama-sama dengan YBhg.Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara. Majlis anjuran bersama PUSPANITA JAN, Surau Al-Ibtisam JAN dan Pembimbing Rakan Perkhidmatan Awam (AKRAB) JAN julung kali diadakan melibatkan 182 penyertaan secara bersemuka dan dalam talian dari JAN Ibu Pejabat, JAN Negeri dan Akademi Audit Negara.

Majlis telah dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Meeftah Anuar dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seterusnya, Khatam Al-Quran disempurnakan dengan menghayati bacaan surah Ad-Dhuha hingga An-Nas.

Turut hadir memeriahkan majlis YBhg. Datuk Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Puan Azlin Azizan, Pengerusi PUSPANITA JAN.

  • Dikemaskini pada: 20 Mar 2025
  • Cetak
  • 195

faqhubungimaklumbalaspeta