Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (BKRM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (BKRM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 17 Mac 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat dihadiri oleh YBrs. Encik Ahmad Shahril Mohd Shariff, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BKRM; YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Johan Idris, Managing Partner KPMG dan YBrs. En. Abd. Rahman Abu Bakar, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan BKRM bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.