Program Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara turut serta dalam Program Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) 2025 pada 15 hingga 16 Mac 2025 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara.
Program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Turut hadir, semua Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan.
Permukiman ini menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam dalam sesi perbincangan dan perkongsian strategik berkaitan pemantapan tadbir urus, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta hala tuju pentadbiran negara.
Sebagai institusi yang berperanan dalam memastikan akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan kewangan sektor awam, penyertaan YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara dalam program ini memperkukuh usaha ke arah pentadbiran yang lebih berintegriti dan berimpak tinggi.
Kredit foto: Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri & Jabatan Perkhidmatan Awam