Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MASJAN Bilangan 1 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara selaku Yang Dipertua Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MASJAN Bilangan 1 Tahun 2025 di Ibu Pejabat JAN pada 10 Mac 2025.
MASJAN ditubuhkan bertujuan untuk menyeragam dan menyelaraskan 15 kelab gabungan di peringkat JAN Negeri dan Ibu Pejabat serta memajukan aktiviti sukan, sosial dan menjaga kebajikan di kalangan ahli kelab gabungan.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) selaku Naib Yang Dipertua I; YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) selaku Naib Yang Dipertua II; YBrs. Encik Azman bin Mahmud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) selaku Naib Yang Dipertua III; Puan Hely Herlynna binti Mohd Kassim, Setiausaha Kehormat MASJAN dan Encik Abul Hisyam bin Anuar, Bendahari Kehormat MASJAN.
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MASJAN kali ini diadakan antaranya bagi membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang lepas, perkara berbangkit, pembentangan Laporan Aktiviti dan Kewangan Tahun 2024 dan Cadangan Aktiviti dan Kewangan Tahun 2025.
DSKAN mengingatkan bahawa MASJAN sebagai suatu wadah terbaik untuk menyatupadukan semua warga JAN menerusi Kelab Gabungan di peringkat ibu pejabat dan negeri yang terdiri daripada pelbagai gred dan kepakaran. DSKAN juga menyatakan hasrat supaya barisan Jawatankuasa Eksekutif MASJAN dapat bergerak aktif bagi menjamin kesinambungan aktiviti yang dirancang oleh pihak kelab gabungan.