faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kursus Berskala Besar Jabatan Audit Negara Bil. 1 Tahun 2025 Bertajuk ‘Keseronokan Bekerja’

WhatsApp Image 2025 03 10 at 18.13.28 WhatsApp Image 2025 03 10 at 18.13.29 WhatsApp Image 2025 03 10 at 18.13.30 WhatsApp Image 2025 03 10 at 18.13.31 WhatsApp Image 2025 03 10 at 18.13.32 WhatsApp Image 2025 03 10 at 18.13.33

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Sektor Pengurusan telah menganjurkan Kursus Berskala Besar Jabatan Audit Negara Bil. 1 Tahun 2025 bertajuk ‘Keseronokan Bekerja’ yang telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip, Pensyarah dari Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kursus ini dianjurkan selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 – 2030 bertujuan untuk memastikan perkhidmatan awam yang produktif dan berprestasi tinggi. Seramai lebih 850 orang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) Ibu Pejabat dan Negeri serta Unit Audit Dalam Kementerian telah mengikuti kursus ini secara hibrid iaitu secara bersemuka dan dalam talian.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara. Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara memaklumkan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di peringkat JAN bagi membudayakan keseronokan bekerja. Antaranya penganjuran Program Kecergasan JAN, Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI, Program Pembangunan Pasukan termasuk penyediaan persekitaran kerja yang kondusif kepada warga JAN. Inisiatif ini dilaksanakan bagi mencapai keseimbangan antara tugasan hakiki dan program-program pembangunan insan dalam mencipta suasana kerja yang positif dan berinspirasi.

  • Dikemaskini pada: 11 Mar 2025
  • Cetak
  • 171

faqhubungimaklumbalaspeta