Majlis Berbuka Puasa Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara dengan kerjasama Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) dan Puspanita JAN terus mengimarahkan semangat bulan Ramadan ini dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Audit Negara pada 7 Mac 2025 di ibu pejabat JAN, Putrajaya. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan seramai 400 warga JAN turut hadir ke majlis ini.
Majlis tersebut dimulakan dengan sesi Ceramah Eksekutif disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Hariri bin Haji Mohd Daud bertajuk, " Hisab di Dunia, Hisab di Akhirat: Peranan Auditor Sebagai Pemegang Amanah". Warga JAN turut menunaikan Solat fardhu Maghrib dan Isyak serta solat Sunat Tarawih berjemaah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |