Majlis Penyerahan Sumbangan Buah Kurma Sempena Ramadan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Buah Kurma kepada semua kakitangan JAN di Ibu Pejabat pada petang Khamis, 6 Mac 2025 sebagai tanda penghargaan kepada warga JAN dalam menyambut bulan Ramadan.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara yang menyampaikan sumbangan Pengurusan Kanan JAN, Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) serta Puspanita JAN kepada para kakitangan sebagai simbolik memeriahkan sambutan bulan penuh keberkatan ini.