Sesi Khas Ketua Audit Negara Bersama-Sama Kementerian Pengajian Tinggi Dan Naib Canselor/Rektor Universiti Awam
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara memenuhi jemputan menghadiri Sesi Khas bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Naib Canselor/Rektor Universiti Awam di Putrajaya pada 26 Februari 2025.
Sesi yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KPT ini diadakan sebagai sesi interaktif untuk meningkatkan dan memantapkan kefahaman semua pihak yang bertanggungjawab khususnya Naib-Naib Canselor dan Rektor berkaitan pengauditan pengurusan kewangan dan tatakelola terhadap Universiti Awam dan anak syarikat.
YBhg Dato' Seri KAN juga berkesempatan berjumpa dengan YB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi selepas Sesi Khas tersebut.