faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Tengah dan Zon Selatan
Dan Sesi Dialog Dengan Ketua Audit Negara

481070782 1060225366149509 9063711 480707093 1060225376149508 5873480 481196180 1060225379482841 8703422 481225064 1060225362816176 7737852712805393388 n 481174512 1060225359482843 5198043

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah meluncurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Tengah (Selangor & Wilayah Persekutuan) dan Zon Selatan (Johor, Melaka & Negeri Sembilan) disusuli Sesi Dialog bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara pada 27 Februari 2025.

Kursus tiga hari ini telah bermula pada 25 hingga 27 Februari 2025 dan dihadiri seramai 77 orang pegawai dari 35 PBT Zon Tengah (Selangor & Wilayah Persekutuan) dan Zon Selatan (Johor, Melaka & Negeri Sembilan).

Majlis Peluncuran dan Sesi Dialog ini turut dihadiri YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan dan Perancangan Strategik) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Dato' Mohd Fadzil bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan; YB Dato' Dr. Haji Badrul Hisham bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Perkhidmatan Negeri Johor (APTNJ); dan YBrs. Dr. Arwan bin Sabri, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Negeri Sembilan.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pegawai dalam pengurusan kewangan di peringkat PBT dan meningkatkan tatakelola dan nilai integriti di kalangan pihak pengurusan PBT.

  • Dikemaskini pada: 28 Feb 2025
  • Cetak
  • 105

faqhubungimaklumbalaspeta