faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Negeri Johor

WhatsApp Image 2025 02 20 at 19.44.24 WhatsApp Image 2025 02 20 at 19.44.25 WhatsApp Image 2025 02 20 at 19.44.26 1 WhatsApp Image 2025 02 20 at 19.44.30 WhatsApp Image 2025 02 20 at 19.44.31 WhatsApp Image 2025 02 20 at 19.44.31 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) mengadakan lawatan kerja ke Negeri Johor pada 19-20 Februari 2025.

Dalam rangka lawatan tersebut, YBhg. Dato' Seri KAN menyaksikan pemeteraian Nota Kerjasama antara Akademi Audit Negara (AAN) dan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) di Kota Iskandar bersama Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani. Kerjasama ini bertujuan memperkukuh latihan dan pembangunan kapasiti dalam pengauditan sektor awam. Nota Kerjasama ini ditandatangani oleh YBrs. Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah AAN dan YB Dato’ Dr. Haji Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif APTNJ serta dihadiri pegawai kanan kedua-dua pihak.

Dato' Seri KAN turut mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi tahun 2020–2022 di Iskandar Puteri. JAN berjaya menyelesaikan pengauditan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan sejajar dengan gerak kerja semasa. Turut hadir, YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Sahibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor; dan YBrs. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.

Lawatan kerja turut merangkumi tinjauan ke Pusat Pengeluaran Telur Ayam – Teo Seng Capital Berhad, Yong Peng, sebagai sebahagian daripada proses Pengauditan Bertema Keterjaminan Makanan yang kini sedang dilaksanakan oleh JAN. Delegasi JAN disambut oleh YBhg. Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang, Group CEO Leong Hup International Berhad; serta wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Lawatan diteruskan ke Ladang Nanas – Jerman Pine, Pontian, dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), merangkumi sesi taklimat industri, perkongsian pengalaman usahawan, serta demonstrasi penuaian dan pemprosesan nanas menggunakan teknologi drone. Turut hadir bersama YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).

Lawatan diakhiri dengan Majlis Peluncuran Kursus Pra Persaraan di Johor Bahru anjuran AAN, dihadiri 14 pegawai JAN yang bakal bersara pada 2025 dan 2026.

WhatsApp Image 2025 02 20 at 19.44.26 2 WhatsApp Image 2025 02 20 at 19.44.27 1 WhatsApp Image 2025 02 20 at 19.44.27 1 WhatsApp Image 2025 02 20 at 20.21.29 WhatsApp Image 2025 02 20 at 20.21.29 1 WhatsApp Image 2025 02 20 at 20.21.30
  • Dikemaskini pada: 21 Feb 2025
  • Cetak
  • 165

faqhubungimaklumbalaspeta