faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Negeri Terengganu

WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.10.22 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.10.31 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.10.35 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.10.36 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.10.39 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.10.40 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Terengganu pada 15 dan 16 Februari 2025, melibatkan pelbagai program bersama warga Jabatan Audit Negara (JAN) Zon Timur serta pihak berkepentingan Negeri. Turut hadir bersama, YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).

Beliau telah mempengerusikan secara bersama dengan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Nara Setia sesi libat urus anjuran Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dimana isu-isu Negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun (LKAN) yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (AGD) telah dibincangkan.

Lawatan kerja ini turut menyaksikan tinjauan lapangan kerja KAN secara mengejut ke Pasar Payang bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Hj Mohd Azmi Mohamad Daham serta pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Tinjauan ini diadakan bersempena pengauditan prestasi JAN ke atas Pengurusan Premis Perniagaan MBKT.

Sebagai sebahagian daripada rangka lawatan kerja, YBhg. Dato’ Seri KAN turut menghadiri Program Kecergasan JAN Zon Timur, yang menyaksikan penyertaan seramai 150 orang pegawai daripada JAN Terengganu, Pahang dan Kelantan dalam 10 acara sukan. Sesi ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat tetapi juga mengukuhkan semangat berpasukan dalam organisasi JAN.

Selain itu, beliau telah mengadakan Sesi Townhall bersama pegawai Zon Timur, menyampaikan amanat mengenai hala tuju JAN serta membuka ruang dialog bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pegawai daripada pelbagai gred.

Mengakhiri lawatan, YBhg. Dato’ Seri KAN berkesempatan menyantuni Puan Noorazila binti Md Yusoff, warga JAN Terengganu, yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.09.53 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.09.53 1 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.09.58 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.10.04 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.10.05 WhatsApp Image 2025 02 16 at 20.09.48
  • Dikemaskini pada: 17 Feb 2025
  • Cetak
  • 173

faqhubungimaklumbalaspeta