faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Bengkel Latihan Dalaman Mengenai Pengauditan Terus Penyata Kewangan

480253047 1049610350544344 4925083951129660979 n 480309192 1049610347211011 8721452148214145291 n

 

Sektor Audit Kewangan (SAK), Jabatan Audit Negara (JAN) telah menganjurkan Bengkel Latihan Dalaman Mengenai Pengauditan Terus Penyata Kewangan pada 14 Februari 2025 (Jumaat) di ibu pejabat JAN, Putrajaya.

Objektif kursus adalah untuk memantapkan lagi pelaksanaan pengauditan terus penyata kewangan agensi oleh pegawai-pegawai SAK. Bengkel tersebut melibatkan seramai 107 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai SAK pelbagai gred daripada Ibu Pejabat.

Majlis Perasmian Bengkel Latihan Dalaman SAK tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan). Turut hadir ke majlis tersebut Pengarah-Pengarah Audit Kewangan SAK.

  • Dikemaskini pada: 17 Feb 2025
  • Cetak
  • 185

faqhubungimaklumbalaspeta