faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara ke New Zealand

WhatsApp Image 2025 02 13 at 20.20.28 WhatsApp Image 2025 02 13 at 20.20.29 WhatsApp Image 2025 02 13 at 20.20.29 1 WhatsApp Image 2025 02 13 at 20.20.29 2 WhatsApp Image 2025 02 13 at 19.25.25 2

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menerima jemputan sebagai tetamu kehormat TYT Christopher Luxon, Perdana Menteri New Zealand sebagai Prime Minister's ASEAN Fellow daripada 11 – 13 Februari 2025 di Wellington, New Zealand.

Beberapa program pertemuan dan perbincangan telah diadakan sepanjang tempoh lawatan Dato' Seri KAN ke New Zealand.

Dalam pertemuan bersama TYT Perdana Menteri New Zealand pada 12 Februari 2025, TYT Luxon amat berminat dengan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia terutama Jabatan Audit Negara dalam meningkatkan ketelusan, integriti, dan akauntabiliti pengurusan kewangan kerajaan melalui aktiviti pengauditan. TYT turut menzahirkan keterujaannya terhadap inisiatif digital yang telah dilaksanakan oleh JAN seperti pelaksanaan papan pemuka dalam talian Ketua Audit Negara (AG’s Dashboard) dan Sistem e-SelfAudit.

Selain itu, YBhg. Dato’ Seri KAN telah membuat kunjungan hormat kepada Mr. Simeon Brown, Menteri State Owned Enterprises New Zealand; Mr. John Ryan, Ketua Audit Negara New Zealand; Mr. Peter Boshier, Ketua Ombudsman, New Zealand; Ms. Karen Chang, Pengarah Serious Fraud Office (SFO) serta pegawai-pegawai kanan Ministry of Foreign Affairs and Trade (MFAT) New Zealand sepanjang tempoh program tersebut.

Dalam tempoh yang sama, YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara juga mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. PYT Mazita Marzuki, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand yang turut melibatkan pengauditan agensi lain seperti Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

WhatsApp Image 2025 02 13 at 19.25.26 WhatsApp Image 2025 02 13 at 19.25.24 WhatsApp Image 2025 02 13 at 19.25.25 WhatsApp Image 2025 02 13 at 19.25.25 1
  • Dikemaskini pada: 14 Feb 2025
  • Cetak
  • 114

faqhubungimaklumbalaspeta