Mesyuarat Pengurusan Jabatan Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2025, pada 7 Februari 2025 (Jumaat) di ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), dan YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta Pengarah-Pengarah JAN Negeri.
Turut diadakan sesi doa selamat bagi mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan. Seluruh warga JAN mendoakan agar Seri Paduka Baginda terus dikurniakan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah SWT.