faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan

WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.14 WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.14 1 WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.15 WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.15 1 WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.16 1 WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.17

 

Dalam usaha memperkukuh tatakelola dan kecekapan pengurusan wang awam, Jabatan Audit Negara (JAN) telah memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Sistem e-SelfAudit bagi pengauditan Syarikat Kerajaan. Inisiatif baharu ini telah diluncurkan secara rasmi oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Februari 2025 (Khamis).

Inisiatif inovatif ini membolehkan proses pengauditan dilaksanakan dengan lebih cekap dan sistematik ke atas 1,856 Syarikat Kerajaan yang diwartakan, merangkumi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG).

Pada majlis yang sama, Ketua Audit Negara juga telah mengeluarkan empat (4) garis panduan pengauditan yang baharu iaitu Garis Panduan Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan; Garis Panduan Susulan Audit; Garis Panduan Follow The Public Money Audit (FPMA); dan Garis Panduan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan. Ini merupakan kuasa baharu yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7A Akta Audit di mana Ketua Audit Negara boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan, sebagaimana perlu atau suai manfaat, ke arah membudayakan tatakelola dan akauntabiliti pengurusan wang awam.

JAN menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YAB Perdana Menteri untuk hadir ke majis peluncuran ini. Komitmen tinggi YAB Perdana Menteri mengenai tatakelola dan integriti menjadi contoh kepada warga JAN dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Turut hadir ke majlis peluncuran ini adalah YB Dato' Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.18 WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.18 1 WhatsApp Image 2025 02 07 at 16.47.41 WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.20 WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.57.24 WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.49.19 1
  • Dikemaskini pada: 07 Feb 2025
  • Cetak
  • 581

faqhubungimaklumbalaspeta