Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 24 Januari 2025 di Bilik Persidangan Utama, Akademi Audit Negara.
Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Datuk Redza Rafiq Abdul Razak; Ketua Eksekutif PKNPk, YBhg. Datin Rosni binti Mohd Yusoff, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM) Kementerian Kewangan Malaysia; YBrs. Encik A Aswad@ Abdul Rahim bin Hamadon; Rakan Kongsi, Firma Audit Swasta serta Pegawai PKNPk.
Mesyuarat juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji; Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail; Pengarah Audit Kewangan III serta Pengarah Audit Negeri Perak.
![]() |
![]() |
![]() |